Skip to main content

Review: Hotel Saigon Pink 2, Ho Chi Minh City

Untuk trip ke Ho Chi Minh City (HCMC) pada 5-9 Julai  2012, kami tinggal di 2 hotel.
3 malam pertama di Hotel Thien Hong. Boleh baca review di sini: Review Hotel Thien Hong.Malam terakhir, kami saje pilih hotel popular dekat pasar Ben Thanh: Hotel Saigon Pink 2. Reason: Nak merasa beza duduk hotel backpackers yang jauh sedikit, dengan hotel bajet yang dekat giler dengan Ben Thanh.

Yes. Lokasi memang superb! Betul-betul mengadap kedai makan halal Hajah Basiroh. Betul2 di lorong mengadap pintu Ben Thanh. 30 saat dah leh sampai. hehehe.

Ada lif. Kali ni ambil bilik double bed. No windows. Ada fridge, TV. Ada ruang untuk wardrobe. Ada kerusi, meja solek. Besar bilik macam bilik TuneHotel je. Besar sikit kot. Plug kat sini ada berlambak, pilih aje..

Katil best daripada Hotel Thien Hong. Hehe. Tapi macam rimas bilik kecik, especially since last day - barang dah banyak. 

Oh ya! Kat sini kena serah passport kat lobi. Bila check-out baru dia pulangkan balik. Beza daripada Thien Hong.

Paling best pasal hotel ni: Free wifi yang laju! Memang guna Viber untuk call family di Malaysia. Sibuk dok Whatsapp untuk terima order adik-beradik.hoho.


Bilik air nampak macam lagi best la. Hotel ni 2 star, tapi macam 3 star kelengkapan bilik air. Separated dengan gelas kaca untuk kawasan shower. Ada basic toilettries. Ada paip juga-mudah untuk kita yang Muslim. Tapi hot shower dia aku tak rasa sepanas Thien Hong. Lantai pun lambat kering, so kena hati-hati masuk bilik air.

Info Hotel Saigon Pink 2:
Alamat: 32 Nguyen An Ninh Street, Ben Thanh Market, Dist 1, HCMC.
Jarak berjalan kaki ke Ben Thanh: 1 minit.
Harga bilik: 25-26USD/semalam untuk standard room. Beli melalui Agoda.com. Pilih hotel ni sebab memang good review kat Agoda dan forum Cari.

Hotel-hotel yang berdekatan ialah Hotel Thanh Thu, Boss Hotel dan Hotel Hoang Hai Long 2 (recommended if nak hotel lebih selesa). 

Paling best, kebanyakan hotel yang berdekatan pasar Ben Thanh, mesti ada penimbang ni. So senang la korang nak bajet baper kilogram korang sudah shopping!

Teksi Vinasun memang sentiasa ada di depan hotel Saigon Pink 2 ini. Mudah. Ada spa berdekatan, dan aku cuba salah satu. Next review la pasal spa ye..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Belanja Matawang di Ho Chi Minh

Ramai yang ingin tahu, kalau melawat ke Ho Chi Minh City (HCMC) , perlu tukar Vietnam Dong ke atau USD ?Kalau pilih salah-satu mahupun kedua-duanya sekali, anda silap. Sebenarnya...

5 Tips Rancang Sendiri Honeymoon ke Bali

Ini ringkasan untuk rancang sendiri honeymoon ke Bali . Tidak perlu guna ejen atau travel company. Cuma perlu bersusah-payah sedikit je. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri rancang bulan madu ke Bali untuk adikku. Dah selamat sampai pun dia ke Bali semalam. Hehe. Boleh baca kisah panjang lebar  Pilih Flight ke Bali untuk Honeymoon   dan   Pilih Hotel Honeymoon di Bali . Yang ini ringkasannya: 1. Pilih cheapest flight to Bali.  Selalunya promo  AirAsia  memang the best, tapi sekarang  Malindo  dan  MAS  pun selalu sangat buat promotion. Especially kalau plan nak beli agak lewat, i.e. sebulan sebelum nak fly. Extra tips: Kalau perlu baggage, jangan lupa bandingkan harga tiket AirAsia+baggage tau. Jangan semata bandingkan harga tiket je. 2. Guna Skyscanner as Shorcut.  Kalau pening nak check  AirAsia ,  Malindo ,  MAS , Lion Air, Garuda dll satu-persatu, guna je  Skyscanner...

Street Art Penang yang Unik

Kalau dulu Penang sinonim dengan makanan, kini street art Penang semakin popular di Georgetown, Pulau Pinang . Seni jalanan Penang yang unik ni memang berjaya la menarik perhatian pelancong dalam dan luar Malaysia. Sempena #VMY2014 , jom tengok sebahagian gambar seni jalanan that I took masa my impromptu solo trip baru-baru ni.