Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Hot Air Balloon di Putrajaya kembali lagi untuk kali ke7. Tapi kali pertama cik Tikah nak pergi walau Puchong-Putrajaya amatlah dekat. hehe. Since ofis dekat je, so decide pergi awal pagi sebelum masuk keja. Lagipun weekend ni nak ke MATTA Fair dan mesti ramai orang ke sini. 

WEB RASMI HOT AIR BALLOON PUTRAJAYA: http://www.myballoonfiesta.com/

Sila skodeng page di atas tu sebab banyak info tentang pakej, parking, kedai-kedai, aktiviti dan paling penting peta zon-zon tertentu. FYI, banyak pakej-pakej dah jual kat website contohnya:


TIPS nak dapat close-up shot gambar-gambar belon panas Putrajaya: bersidai je tepi pagar kawasan hot air balloon tu. Sebab nak masuk kawasan tu berbayar. Kalau datang pagi, pilih area menghadap Monumen Alaf Baru/Umai sebab matahari kat belakang. Dan belon pun is facing you and lagi dekat. Lepas dah ambil gambar belon naik, cepat2 ke area Picnic Area @ Monumen tu untuk dapat shot belon-belon terbang bergentayangan atas tasik.






Ni gambar sekitar area Picnic Area..  nak masuk area picnic area dgn Doof sofa tu berbayar. ada couple buat pre-wedding photoshoot lagi tadi.ada band bawah pokok, layanz.. Giant Bubble Putrajaya pun ada 1 kawasan sebelahnya. 



Too bad kedai ni bukak 9am, tak dapat nak makan Churros. 


Tapi ada 1 zone untuk foodie ye. Berderet-deret kedai bukak yang nampak yummy.  



Food truck pun ada! KFC, Pizza, Ayamas, KopieSatu, A&W pun anto foodtruck memasing.


Takyah beli Coconut Shake kedai ni. Too many ice dia guna so rasa nipissssssss.. RM5 satu (saiz besar+aiskrim je dia jual). Nyesal tak beli KopieSatu

Too bad most tak start lagi masa kul 9 pagi tu. Aku sudah 15minit lambat ke opis! Adios!

p/s: sila parking kat parking awam yang banyak tu. tadi banyak keta gatai parking tepi jalan kena saman.

5 Tips Rancang Sendiri Honeymoon ke Bali

Ini ringkasan untuk rancang sendiri honeymoon ke Bali. Tidak perlu guna ejen atau travel company. Cuma perlu bersusah-payah sedikit je. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri rancang bulan madu ke Bali untuk adikku. Dah selamat sampai pun dia ke Bali semalam. Hehe. Boleh baca kisah panjang lebar Pilih Flight ke Bali untuk Honeymoon dan Pilih Hotel Honeymoon di Bali.

Yang ini ringkasannya:

1. Pilih cheapest flight to Bali. 

Selalunya promo AirAsia memang the best, tapi sekarang Malindo dan MAS pun selalu sangat buat promotion. Especially kalau plan nak beli agak lewat, i.e. sebulan sebelum nak fly.

Extra tips: Kalau perlu baggage, jangan lupa bandingkan harga tiket AirAsia+baggage tau. Jangan semata bandingkan harga tiket je.

2. Guna Skyscanner as Shorcut. 

Kalau pening nak check AirAsiaMalindoMAS, Lion Air, Garuda dll satu-persatu, guna je Skyscanner. Cuma isi destinasi dengan tarikh pilihan je. Kan mudah? Cuma ingat, kalau AirAsia harga tiket belum termasuk harga additional baggage.

3. Pilih Accomodation Pelbagai Cara 

Sekarang terlalu banyak pilihan untuk accomodation. Ini antara cara-cara yang boleh digunakan:
  1. Agoda
  2. Booking.com
  3. AirAsiaGo (flight+hotel)
  4. Malindo Holidays (flight+hotel)
  5. Pakej Bali Groupon
Dan banyak lagi sebenarnya i.e Expedia, Hotels.com. Cuma 5 cara di atas tu, the best price yang aku jumpa hari tu.

Extra tips: Cari room yang luas ( > 30m2), private villa, yg ada bathtub, yg ada garden/sea view. Ada sesetengah tu siap ada private pool lagi, dan takde la mahal sangat pun..

4. Request Honeymoon Deco for FREE 

Memang banyak hotel kat Bali yang ada honeymoon package untuk suite, villa, romantic dinner, couple massage dan macam-macam laaa. Tapi harganya? Mahal bangat... So tips nya, sebelum pilih hotel, email hotel dan tanya boleh ke diorang arrange simple honeymoon deco. Contohnya, ni email aku (takde sebut free pun, hehe).

5. Cari Supir (kalau perlu) 

Indonesia memang sinonim dengan supir (driver). Memang ada pilihan untuk sewa basikal/motor di Bali, tapi untuk short distance ok la. Lagipun untuk berbulan madu di Bali kan, manjakan diri sikit. 

Untuk minimumkan kos, cuma upah supir di Bali untuk 2 hari pun cukuplah. Selebihnya explore dengan motor or free shuttle yang ada. Kalau hotel takde free return transfer to airport, boleh upah supir untuk hari pertama/terakhir. Especially kalau flight sampai awal/berangkat lewat. 

Extra tips: Pilih supir Muslim untuk better suggest tempat makan halal. Di Bali, "halal" juga bermaksud "tidak dicuri". So babi pun halal kat sana. hehe.


Harap-harap post ni bermanfaat kalau korang pun berkira-kira nak honeymoon ke Bali. Untuk ke tempat lain pun, boleh guna some of the tips =)

Pilih Hotel Honeymoon di Bali

Sambungan kisah Pilih Flight ke Bali untuk Honeymoon adik aku.
Soalan selalu orang tanya kalau ke Bali: Mahu pilih Kuta Kuta, Legian, Seminyak atau lain-lain tempat?  Kalau backpackers, lazimnya ramai pilih Kuta and Legian. Tapi ni sebab honeymoon, aku tanya adik aku dulu. Nak tempat yang senang walking distance or tempat yang memang betul2 nak relax, aman tenteram. Hehe.
 
Pilihan kami: Seminyak. Sebab utama: nak secluded area. 
Sebab kedua: aku perasan beza saiz bilik yang amat ketara. Mostly room Kuta/ Legian around 18-25m2 je. Whereas Seminyak, berlambak 30-50 m2. For the same price.
 
Masa tu aku dah berminat sangat dengan The Studio Bali. Bilik besar, room and hotel deco yang aku rasa tenang and tak serabut.

Tuptup aku teringat Groupon selalu buat promotion hotel Bali. Aku pun search plak pakej Bali di Groupon. OMG. Banyaknya option!
 
The best offer by D’ Djabu, so aku gi counter-check price kat Agoda, Booking.com. Memang price Groupon is the best. Kenapa aku pilih D’ Djabu? Sebab dia the only hotel yang offer all-in services: return transfer (paling penting) and daily breakfast. Free shuttle to nearby area, wifi dan deluxe room plak tu.
 

Hati aku masih berkenan dengan The Studio Bali. Haha. So aku emel kedua-dua hotel, tanya boleh ke setup bilik tu untuk honeymoon couple. Just simple deco letak bunga sket dan towel swan pun jadikla.. Dedua said yes, without additional charge. Tapi The Studio Bali ada additional charge untuk daily breakfast and return transfer.
 
Konklusinya? Untuk buat decision both flight and accommodation, aku came out with this table:
 

FLIGHT
ACCOMODATION
TOTAL
OPT 1 19-22 Jan
Malindo Return RM952
D Djabu RM348
RM1300
OPT 2 19-23 Jan
Malindo RM502 + AA RM423 (+20kg) = 925
D Djabu RM428
RM1353
OPT 3 19-22 Jan
Malindo Return RM952
The Studios RM366+60(bfast) = RM426
RM1376
OPT 4 19-23 Jan
Malindo RM502 + AA RM423 (+20kg) = 925
 The Studios RM482+80 (bfast) = RM562

RM1487

 
Hehe. Gigih sangat ka? Aku buat sebab pening nak pilih mana satu for best price and value. Lepas diskus dengan adik, pilih D’ Djabu sebab all-in inclusive.
 
Sekian, terima kasih. Itulah kisah memilih pakej honeymoon paling murah untuk adikku. Kira ok la kan dalam RM650/person untuk 5d4n, beli 3 minggu sebelum fly.


Entah bila nak plan pakej honeymoon sendiri. Jatuh cinta sangat dengan The Studio Bali tu. Hehe. Kbai.

Pilih Flight ke Bali untuk Honeymoon

Ni cara-cara aku hunt untuk best price untuk honeymoon package sendirian berhad ke Bali. Honeymoon adik ye, bukan sendiri punya. Sobsob..

Search AirAsia, Malindo, MAS dan lain-lain untuk pilih flight paling murah. Alternatively, boleh search kat Skyscanner as a shortcut untuk cross-check multiple airlines.
 
Confirm, AirAsia and Malindo paling murah. Sekarang cuma nak main-main dengan date je. Date pilihan adik 19-23 Januari 2015. Masa ni cabaran bermula. Sebab AA tak include baggage, Malindo ada free baggage. Aku prefer pergi AA, balik Malindo or return flight Malindo pasal baggage ni. Tapi….

- Kalau 19-23 Jan: AirAsia paling murah (inclusive of additional 20kg), tapi flight timing tak best. Flight pergi petang. Malindo pulak flight balik mahal.
- Kalau 19-22 Jan: pergi balik Malindo lagi murah dari AirAsia. Tapi nak short 1 day ke?
 
So, nak tentukan total cost, pilih accommodation in Bali pulak..
Planning asal, nak search Booking.com, Agoda je... Pastu terperasan both AirAsia dan Malindo ada pakej flight+hotel. AirAsia ada AirAsiaGo. Malindo ada Malindo Holidays. Erkkkkk. Apalagi, lagi sekali aku main-mainkan date 19-22 dan 19-23 tu untuk both Malindo and AA pula..



 
Again, masalah yang sama. AA menang, best in price but flight timing yang problem. Malindo pulak, option hotel limited lagi. Baru je launched masa tu..
 
Dan…masa pilih accommodation, soalan faveret kalau mahu ke Bali: Nak stay Bali di Kuta, Legian, Seminyak atau lain-lain tempat? Hahahaahaha.. Aku kena narrow down, sebab hotel di Bali terlalu banyak. Nak tahu pilihan honeymoon di Bali? Sila baca sambungan: Pilih Hotel Honeymoon di Bali.


#MH370 Live Update Channel #prayMH370

Since too many hearsays concerning #MH370, here are some reliable links/channels you should watch instead of believing your friends' FB status. Yes, even if your friend is working with MAS/embassy/KLIA/TUDM whatsoever.

Promo Free Seats AirAsia ke Kalibo Serendah RM122


Promo Free Seats Air Asia kembali lagi sempena pembukaan destinasi baru ke Kalibo, FilipinaNak tahu berapa return fare untuk free seats ke Kalibo, FilipinaKalau korang pengguna BIG Card, wajib baca. Kalau takde BIG Card, ada sedikit siaran tertunda la.. hehe..

Street Art Penang yang Unik

Kalau dulu Penang sinonim dengan makanan, kini street art Penang semakin popular di Georgetown, Pulau Pinang. Seni jalanan Penang yang unik ni memang berjaya la menarik perhatian pelancong dalam dan luar Malaysia. Sempena #VMY2014, jom tengok sebahagian gambar seni jalanan that I took masa my impromptu solo trip baru-baru ni.

A Famosa Resort Water Theme Park

Bahagian kedua review lawatan ke Water Theme Park A Famosa Resort, jemputan oleh A Famosa Resort, Melaka melalui Blooggers Dot Com.  Bahagian pertama sila baca A Famosa Resort Safari Wonderland.

A Famosa Resort Safari Wonderland


Ini adalah bahagian pertama untuk review lawatan ke Safari Wonderland, A Famosa Resort, jemputan oleh A Famosa Resort, Melaka melalui Blooggers Dot Com. Seriously, ini pertama kali datang ke sini. So memang teruja la bila dapat jemputan. Kebetulan pulak, lawatan kali ni dengan geng bloggers yang havoc: Rawlins, Jae Hashim, Izzati, Macikz Konah. Dan pertama kali kenal Ieda, Yana and Ched.

Malaysian Travel Blogger Meetup 2013-Jaya One


Okay travel blogger! Jom jumpa! Walaupun aku baru je nak bertapak dalam travel blog ini, dengan pengalaman travel sedikit sebanyak je, tapi masih mahu join. Hehe.

Batik Fun Walk 2013 - Geng Travel

Masa share pasal Batik Fun Walk 2013 at MaTIC, tak sangka pulak ramai berminat dengan acara camni di kalangan traveler. Mesti la sokong juga industri pelancongan Malaysia kan?

AirAsia Terbang ke Nagoya Serendah Rm199

Promo Air Asia X kembali lagi. Kali ini dibuka untuk destinasi di Jepun. Say what???? Nak tahu berapa return fare untuk lowest fare ke Nagoya, Jepun?

5 Tempat Paling Berhantu di Malaysia –Expedia

Most Haunted places in Malaysia! Ini senarai dari Expedia, laman web travel popular untuk 5 tempat paling berhantu di Malaysia:

Malaysia International Travel Mart 2013 Travel Fair

Have you heard about Malaysia International Travel Mart 2013 Travel Fair?

Awesome View at Taman Tasik Taiping

This time, I have no purpose to travel to Taiping. I was here because I "whine" this on my Facebook.

Tanjung Piai - Southern Most Tip of Mainland Asia

"Congratulations! You are now standing at the Southern Most Tip of Mainland Asia"

BIG Card Point RedemptionPromo: June 2013

Promo BIG point redemption datang lagi! 1 hari sahaja, so grab it now!

Routes for Free Seats AirAsia promo 150113



Ready to hunt for AirAsia FREE SEATS?

Referring to my previous post, Routes for 0 BIG Point Promo,

Routes for 0 BIG Points promo

To make your life easy, here is what BIG Card list down.