Skip to main content

Backpackers Hotel: Thien Hong, Ho Chi Minh


Sepanjang lawatan 5 hari 4 malam ke Ho Chi Minh, 3 malam menginap di Hotel Thien Hong. Hotel di kawasan backpackers, so best ke hotel ni?

Masa mula-mula sampai, agak suspens mencari hotel. Sebab hotel ni bukan mengadap main road ye. Nasib baik taxi driver berhenti betul-betul depan area lorong tu. Dan bermula pelajaran pertama di Ho Chi Minh: Belajar tengok alamat!
 
Tips penting: Pastikan ada alamat hotel atau tempat yang korang nak pergi..Especially daripada airport. Asalkan ada alamat, Insyaallah tak sesat. Orang Vietnam sedia membantu tunjuk arah, asalkan korang tahu alamat. Jangan berangan orang sana boleh tolong dengan hanya menyebut nama hotel atau nama bangunan.

Pleasantly surprise bila laluan masuk ada kedai Pakistan yang halal ni. Tapi kami tak pernah makan kat sini pun:


Ni kawasan lorong nak masuk ke Hotel Thien Hong. Bersih, takde banyak anjing. Hotel takde anjing.
         

Ni pulak bilik hotel Thien Hong. Katil latex (ni aku kurang gemar sket.) Ada air-cond. Kipas. Fridge. TV Satelit. Almari. Bilik Luas.

     
Ni pulak toilet hotel Thien Hong. Bersih. Lengkap dengan hot shower, baldi, gayung dan paip. Really surprised sebab ni backpackers area je. So as a Muslim, memang happy tengok toilet camni.

Interior hotel dan bilik yang lawa and refreshing (siling, dinding dan ruang tangga):




Review kami berdua :Sangat best! Thumbs up! Berbaloi!

Yang best: Memang puas hati dengan bilik. Tour kami dapat pun murah berbanding hotel/tour agent lain. USD 4 (Cu Chi Tunnel) dan USD8 (Mekong Tour)

Yang tak best: Slow sangat-sangat wifi. Komputer yang ada pun kat lobi, outdated. Dan gerun tengok wayar berselirat kat belakang TV. Kena pandai-pandai cari suis mana korang leh cabut untuk kegunaan plug korang.. Kitorang sorang caj dekat TV, sorang lagi caj guna plug shaver dalam bilik air.


Info Hotel Thien Hong:
Alamat: 241/34 Pham Ngu Lao Street, Pham Ngu Lao ward, Dist 1, HCMC.
Tel:(+848)39206078; (+84) 1234 26 39 79
Website: www.thienhonghotel.com
Email: info@thienhonghotel.com, booking@thienhonghotel.com.


Jarak berjalan kaki ke Ben Thanh: 10 minit.
Kos teksi: 17000-20000 VND
Harga bilik: 20USD/semalam untuk twin bed. Beli melalui Agoda.com. Pilih hotel ni sebab memang good review kat Agoda.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Belanja Matawang di Ho Chi Minh

Ramai yang ingin tahu, kalau melawat ke Ho Chi Minh City (HCMC) , perlu tukar Vietnam Dong ke atau USD ?Kalau pilih salah-satu mahupun kedua-duanya sekali, anda silap. Sebenarnya...

5 Tips Rancang Sendiri Honeymoon ke Bali

Ini ringkasan untuk rancang sendiri honeymoon ke Bali . Tidak perlu guna ejen atau travel company. Cuma perlu bersusah-payah sedikit je. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri rancang bulan madu ke Bali untuk adikku. Dah selamat sampai pun dia ke Bali semalam. Hehe. Boleh baca kisah panjang lebar  Pilih Flight ke Bali untuk Honeymoon   dan   Pilih Hotel Honeymoon di Bali . Yang ini ringkasannya: 1. Pilih cheapest flight to Bali.  Selalunya promo  AirAsia  memang the best, tapi sekarang  Malindo  dan  MAS  pun selalu sangat buat promotion. Especially kalau plan nak beli agak lewat, i.e. sebulan sebelum nak fly. Extra tips: Kalau perlu baggage, jangan lupa bandingkan harga tiket AirAsia+baggage tau. Jangan semata bandingkan harga tiket je. 2. Guna Skyscanner as Shorcut.  Kalau pening nak check  AirAsia ,  Malindo ,  MAS , Lion Air, Garuda dll satu-persatu, guna je  Skyscanner...

Street Art Penang yang Unik

Kalau dulu Penang sinonim dengan makanan, kini street art Penang semakin popular di Georgetown, Pulau Pinang . Seni jalanan Penang yang unik ni memang berjaya la menarik perhatian pelancong dalam dan luar Malaysia. Sempena #VMY2014 , jom tengok sebahagian gambar seni jalanan that I took masa my impromptu solo trip baru-baru ni.