Skip to main content

5 Tempat Paling Berhantu di Malaysia –Expedia

Most Haunted places in Malaysia! Ini senarai dari Expedia, laman web travel popular untuk 5 tempat paling berhantu di Malaysia:
 Villa Nabila, Danga Bay (Johor)
Popular sangat dengan kisah hantu sampaikan ramai geng-geng penyiasat paranormal atau geng suka-suka nak test datang untuk tengok betul ke ada hantu. Dan bertambah popular sebab ramai yang cuba nasib tu hilang dan akan dijumpai kemudiaannya. Versi Villa Nabila terlalu banyak, ada yang kata pembantu rumah bunuh 1 keluarga, ada yang kata pasal 1 family Mat Saleh kena bunuh sebab nama asalnya ialah Christine Palace.


Kellie’s Castle (Perak)
Ni dekat sungguh dengan kampung abah, huhu. Saya sendiri pernah jejak sekali je. Pemiliknya, William Kellie Smith sempat bina separuh jalan je bila dia meninggal. Sekarang ni Kellie’s Castle memang dibuka untuk dilawat, bayaran Rm5 kalau tak silap.


Ria Apartment ( Genting Highlands)
Perghh. Ini memang legend la. Sebab memang few of my friend memang pernah kena kacau kat sini. So sampai sekarang, memang blacklist la tempat ni. Orang ketuk pintu tengah malam, bunyi bising dan macam-macam la. Kalau tak silap, ada nombor apartment tertentu je yang jadik mangsa. Laman travel TripAdvisor pun senaraikan Ria Apartment  sebagai haunted apartment seh..

Bukit Tunku (Kuala Lumpur)
Tempat orang kaya-kaya pun ada hantu. Hehehe. Sebab tempat yang asalnya dipanggil Kenny Hills ni ada rumah British colonial lama. Tak tahu la skang masih berhantu sangat ke tak, sebab ini kurang popular to me.



Banglo Jalan Turi, Bangsar (Kuala Lumpur)

Satu lagi yang aku tak pernah dengar. 20 tahun lalu ada kes pembunuhan ngeri kat banglo Jalan Turi ni. Banglo dah pun dimusnahkan.

**semua pics ihsan Google.




Tapi memang ada pakej melancong untuk melawat tempat-tempat berhantu macam ni di Malaysia dan negara lain tau..

Comments

Popular posts from this blog

Tips Belanja Matawang di Ho Chi Minh

Ramai yang ingin tahu, kalau melawat ke Ho Chi Minh City (HCMC) , perlu tukar Vietnam Dong ke atau USD ?Kalau pilih salah-satu mahupun kedua-duanya sekali, anda silap. Sebenarnya...

5 Tips Rancang Sendiri Honeymoon ke Bali

Ini ringkasan untuk rancang sendiri honeymoon ke Bali . Tidak perlu guna ejen atau travel company. Cuma perlu bersusah-payah sedikit je. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri rancang bulan madu ke Bali untuk adikku. Dah selamat sampai pun dia ke Bali semalam. Hehe. Boleh baca kisah panjang lebar  Pilih Flight ke Bali untuk Honeymoon   dan   Pilih Hotel Honeymoon di Bali . Yang ini ringkasannya: 1. Pilih cheapest flight to Bali.  Selalunya promo  AirAsia  memang the best, tapi sekarang  Malindo  dan  MAS  pun selalu sangat buat promotion. Especially kalau plan nak beli agak lewat, i.e. sebulan sebelum nak fly. Extra tips: Kalau perlu baggage, jangan lupa bandingkan harga tiket AirAsia+baggage tau. Jangan semata bandingkan harga tiket je. 2. Guna Skyscanner as Shorcut.  Kalau pening nak check  AirAsia ,  Malindo ,  MAS , Lion Air, Garuda dll satu-persatu, guna je  Skyscanner...

Street Art Penang yang Unik

Kalau dulu Penang sinonim dengan makanan, kini street art Penang semakin popular di Georgetown, Pulau Pinang . Seni jalanan Penang yang unik ni memang berjaya la menarik perhatian pelancong dalam dan luar Malaysia. Sempena #VMY2014 , jom tengok sebahagian gambar seni jalanan that I took masa my impromptu solo trip baru-baru ni.